Taaruf Tread

Mari kita taaruf…
(Diambil daripada laman http://asyraffdini.esasterawan.net)
Nama Pena : Asyraffdini atau WeWR. WeWR itu maksudnya apa? We Were Rafiq. :)

Umur : Rahsia…hehe…Saya tiru artis sedikit.
Berat : Terlebih…
Tinggi : Muatlah jika mahu melalui pintu bilik…
Muka macam : Asia+Arab+Melayu+++
Asal : Daripada tanah, kembali kepada Allah jua.
Lahir di KL, membesar di Subang Jaya dan menetap di Seremban. Terengganuian’s!

Pendidikan :
0. Tiada Tadika.
1. Sek Ren Islam Hira’, Batu belah, Klang (1988-1993) – Batch 4
2. Ma’had Al-Ummah, Chemor, Perak (1994-1996) – Batch 5
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (1997-2000) – Batch entah keberapa..:)
4. Pusat Pengajian Al-Qur’an & Sunnah (PAQD), Anjung Batu, Melaka. (Jan 2001-April 2001) – Batch murid-murid tua…:D
5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Jun 2001-Oktober 2001) – DirectIntake 2001. 2 semester.
6. Universiti Mu’tah, Jordan (Oktober 2001 – Jun 2002) – 2 semester.
7. Universiti Of Jordan, Amman, Jordan ( Oktober 2002-2008) – Alhamdulillah tamat juga.
8. Pusat Elektronik Wilayah (gaya pos)- Februari 2009-Oktober 2009

Anugerah (tiada anugerah yang lebih berharga selain iman dan Islam…)

- Memenangi tempat kedua dalam Sayembara Aidil Adha anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) pada tahun 2001 dengan cerpen ‘Janji Yang Terlerai’. Tempat terakhir dari belakang. Huhu…
- Tampil menghiasi kolum Sahsiah Remaja dalam majalah ANIS September 2007. Malu…malu…
- Tampil di dalam temuramah Aidilfitri oleh rancangan tv satelit Timur Tengah, Al-Majd TV sekitar tahun 2004.

Aktiviti

1) Menyertai Bengkel KEPEZI 2003 di bawah bimbingan Pn. Zaharah Nawawi.

2) Menyertai Seminar Penulisan anjuran Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) di Kaherah pada 2002, di bawah bimbingan Mohd Nazmi Yaakub.

3) Menyertai Bengkel Penulisan Cerpen Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) pada tahun 2003 di bawah bimbingan Pn. Nisah Haron & Pn Mahaya Yasin.

4) Menjadi moderator sebelah Jordan komuniti Adabuna semenjak tahun 2002.

5) Menguruskan beberapa laman web audio.

6) Blogging, nasyid, menulis, story telling (in dreams and alone), mengadap zaujah komputer, membaca.

7) Bisnes 4 kedai di Shabab Variety Services, Dobi Shabab Jati, Simple.Com(USIM), & Shabab Shoppe. Kesemuanya di Nilai, Negeri Sembilan.

8) Pelajar separuh masa Kursus Elektronik & Membaiki Telefon Bimbit, Pusat Elektronik Wilayah. Target bulan 10 untuk tamat.

9) Menyertai siri Bengkel Membaiki Telefon Bimbit anjuran Smart Synergy, Impressline sekitar November 2008-Februari 2009.

10) Menyertai Bengkel Penulis Bebas anjuran ZamriMohamad.Com di UIA Januari 2009.

Penerbitan

- Menyumbang karya dalam Manifestasi Tinta terbitan Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) pada tahun 2005. Mengandungi 5 karya sajak saya. Lihat http://adabuna.blogdrive.com

- Menyumbang karya dalam Antologi Cinta & Rona Kinanah terbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 2007. Sebanyak 4 karya sajak dipaparkan. Lihat http://antologi-cdrk.blogspot.com. Cetakan Malaysia diterbitkan semula oleh Hijjaz Records Publishing, 2008. http://lamanpenerbithrp.blogspot.com

- Menyumbang 6 buah puisi dalam Antologi Puisi GKLN, Al-Andalus Menangis. 2006. Lihat http://gkln.blogspot.com

- Menyumbang 4 buah puisi di dalam Antologi Puisi Wilayah Cinta terbitan GKLN tahun 2007. Lihat http://gkln.blogspot.com

- Menyumbang sebuah cerpen untuk Antologi Cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah terbitan GKLN tahun 2007. Lihat http://gkln.blogspot.com

- Menyumbang sebuah cerita pendek dalam Potret Cinta Rasulullah S.A.W. Susunan Ummu Hani Abu Hassan. Terbitan 2007. Lihat http://ummuhani.com

- Menyumbang 1 cerpen untuk Antologi Cerpen Karyawan Muda Darul Khusus, Sebelum Bintang Berjatuhan. 2007. www.ujanailmu.com.my

- Menyumbang 2 puisi untuk Antologi Puisi Karyawan Muda Darul Khusus, Epal Merah. 2007. www.ujanailmu.com.my

- 2 cerpen terbit di majalah ANIS 2007. Janji Yang Terlerai (Julai 2007) & Syahadah Jerusalem (November 2007).