Kenali Saya

Asyraff Hafdzan bin Abdullah, nama yang diberikan oleh ibu, Halimah binti Ismail, dan ayah, Abdullah bin Muda. Dilahirkan pada 13 Januari 1982 di Kuala Lumpur.
Memulakan kehidupan persekolahan di Sekolah Rendah Islam Hira’, Batu Belah, Klang, Selangor selama 6 tahun. Seterusnya melanjutkan pengajiannya ke sebuah sekolah yang terletak di Chemor, Perak, iaitu Maahad al-Ummah. Tamat tahun pengajian di sana, beliau meneruskan perjuangan mencabar diri sendiri dengan memasuki institusi tersohor yang terletak di Klang. Institusi pendidikan tersebut bernama Kolej Islam Sultan Alam Shah. Selama 4 tahun masa dihabiskan di sana, bagi mendapatkan sijil SPM dan STPM, sebelum kakinya meneruskan langkah ke sebuah institusi tahfiz al-Quran, yang diberi nama Pusat Pengajian Al-Quran dan Dakwah, di Anjung Batu, Melaka.
Musim luruh tidak sampai ke penghujungnya, hujan lebat mengambil alih musim menjadi musim tengkujuh. Beliau terpaksa meninggalkan PAQD, lalu meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, apabila mendapat tawaran ke sana. Dalam masa yang sama, permohonan pengajian ke universiti di Jordan turut dilamar jua.
Selepas dua semester, Universiti Mu’tah, Jordan, membuat tawaran kemasukan. Dalam masa seminggu keputusan dibuat, langkah digagahkan juga bagi mencabar diri meneruskan pengajian di Jordan, meskipun permohonan dibuat adalah bagi memasuki Universiti Yarmuk.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Apabila berada di Jordan, beliau mendapat peluang bagi berpindah pengajian ke University Of Jordan, Amman, yang lebih mencabar. Bertahun-tahun berjuang, akhirnya beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, melalui Fakulti Syariah universiti tersebut.
Semasa di Jordan, beliau bergiat aktif dalam bidang penulisan. Beberapa kursus penulisan dan bengkel penulisan diikuti, antaranya termasuklah Bengkel KEPEZI 2003 di bawah bimbingan Pn. Zaharah Nawawi, Seminar Penulisan anjuran Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) di Kaherah pada 2002, di bawah bimbingan Mohd Nazmi Yaakub, dan Bengkel Penulisan Cerpen Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) pada tahun 2003 di bawah bimbingan Pn. Nisah Haron & Pn Mahaya Yasin. Beliau juga bergiat aktif dalam komuniti Adabuna, iaitu sebuah komuniti online yang ditubuhkan bagi menghimpunkan penulis-penulis sastera Malaysia di Timur Tengah, dengan menjadi moderator bagi kawasan Jordan. Selain itu, beliau turut bergiat dalam komuniti e-Sastera.net yang ditubuhkan oleh Prof Ir Wan Abu Bakar dan Cikgu Hasimah.
Selepas pulang ke tanah air, beliau menceburi perniagaan bersama keluarga, dalam bidang peruncitan dan alatan telekomunikasi serta dobi. Bagi memantapkan lagi pengetahuan berkenaan baik pulih handphone, beliau mengikuti beberapa kursus seperti berikut :
- Kursus Elektronik & Membaiki Telefon Bimbit secara pos, Pusat Elektronik Wilayah, 2009.
- Bengkel Membaiki Telefon Bimbit anjuran Smart Synergy, November 2008.
- Bengkel Pemasangan IC BGA dan Teknik Advance Baik Pulih Handphone, Impressline, Februari 2009.
- Bengkel Software Telefon Bimbit anjuran Impressline, 2009.
Jodoh beliau tidak lari jauh daripada dunia penerbitan dan dunia buku, apabila dipasangkan dengan salah seorang penulis dalam antologi Cinta dan Rona Kinanah, iaitu Siti Khadijah Abd. Ghaffar, atau lebih dikenali sebagai Sammaituha Najwa, pada 3 Oktober 2009.
Beliau aktif mengikuti bengkel-bengkel penulisan anjuran PTS, di bawah kendalian Puan Ainon Mohd, sejak tahun 2009.
Selain itu, beliau turut mengikuti Seminar Penulisan anjuran Akademi Penulis di bawah kendalian Tuan Fauzul Naim Ishak dan siri bengkel anjuran Streetsmart Solution, di bawah kendalian Tuan Zamri Mohamad.
Media Elektronik
- Beliau pernah muncul dalam rancangan yang mengupas berkenaan Aidilfitri di perantauan, dalam TV al-Majd, salah satu channel berbayar di satelit, pada tahun 2004.
- Beliau pernah menjadi konsultan ruangan soal jawab bagi Forum Tanya Ustaz Handphone, di http://iluvislam.com dari 2009 sehingga 2010.
Media Cetak
Kolum Majalah
- Muncul mengisi kolum Sahsiah Remaja dalam majalah ANIS, September 2007.
Cerpen
- Janji Yang Terlerai, ANIS, Julai 2007.
- Syahadah Jerusalem, ANIS, November 2007.
Buku
- Antologi Manifestasi Tinta, Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) pada tahun 2005. Mengandungi 5 karya sajak saya. Lihat http://adabuna.blogdrive.com
- Antologi Cerpen dan Puisi, Cinta & Rona Kinanah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), 2007. Sebanyak 4 karya sajak dipaparkan. Lihat http://antologi-cdrk.blogspot.com. Cetakan Malaysia diterbitkan semula oleh Hijjaz Records Publishing, 2008. http://lamanpenerbithrp.blogspot.com
- Antologi Puisi, Al-Andalus Menangis, Grup Karyawan Luar Negara (GKLN), 2006. Lihat http:/karyawanluarnegara.com
- Antologi Puisi, Wilayah Cinta, GKLN, 2007. Lihat http:/karyawanluarnegara.com
- Antologi Cerpen, Jalan Jauh Ke Ramallah, GKLN, 2007. Lihat http:/karyawanluarnegara.com
- Potret Cinta Rasulullah S.A.W. Susunan Ummu Hani Abu Hassan, 2007. Lihat http://ummuhani.com
- Antologi Cerpen, Sebelum Bintang Berjatuhan, Karyawan Muda Darul Khusus, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) 2007. Lihat www.ujanailmu.com.my dan http://penulisn9.blogspot.com .
- Antologi Puisi, Epal Merah, Karyawan Muda Darul Khusus, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), 2007. Lihat www.ujanailmu.com.my dan http://penulisn9.blogspot.com .
- Buat Duit dengan Baiki Handphone, PTS Professional, Disember 2010.
- Kembara Lima Putera – Mencari Pohon Emas, PTS One, Februari 2011.
- Usahawan Cilik – Ustaz Handphone, PTS Professional, April 2011.
Laman Web
- Beliau pernah menguruskan beberapa laman web yang dihasilkan sejak tahun 2006, iaitu:
Koleksi Nasyid Klasik di http://wewr.multiply.com
Koleksi Ceramah Melayu di http://ceramahmelayu.multiply.com
Koleksi Al-Quran Mp3 di http://alquran.multiply.com
Koleksi Minus One Nasyid di http://minus1nasyid.multiply.com
Koleksi Nasyid Arab di http://nasyidarab.multiply.com
Koleksi Nazam dan Matan Ilmu di http://nazamatan.multiply.com
Koleksi Ringtone Nasyid di http://ringtonenasyid.multiply.comSemua laman web ini sudah tidak lagi dikemaskini.
- Facebook beliau boleh dicapai di http://facebook.com/asyraffdini
- Facebook Fan Page Buat Duit dengan Baiki Handphone boleh dicapai di http://facebook.com/buatduitdenganbaikihandphone
- Facebook Fan Page Ustaz Handphone boleh dicapai di http://www.facebook.com/ustazhandphone
- Laman web beliau boleh dicapai di http://wewr.wordpress.com





Komen Terkini