Pesta Buku Selangor 2011!
22 Jun 2011 Leave a Comment
in Iklan Komuniti Tags: buku, himpunan penulis, pesta buku, selangor
Klik http://pestabukuselangor.my .
Apa acara menarik tahun 2011 ini di Pesta Buku Selangor?
- Kempen 15 minit Reading Break. Kempen ini bermula jam 10.45 sehingga jam 11 pagi pada 26 Jun 2011. Seluruh Selangor akan berhenti membuat apa-apa kerja selain membaca, dan membaca selama 15 minit. Bayangkan, satu negeri akan membaca serentak selama 15 minit!
- Penyampaian Anugerah Penulis Selangor.
- Perhimpunan & Konvensyen Penulis seluruh negara. Perhimpunan ini mensasarkan semua jenis penulis, blogger, aktivis penulisan, jurnalis dan lain-lain bagi membincangkan hala tuju penulisan dan buku peringkat negeri Selangor. Klik sini untuk mendaftar.
- Aktiviti-aktiviti lain seperti nyanyian kanak-kanak, wacana pemikiran Islam, pertandingan membaca, segmen bersama LES’ COPAQUE, UPIN IPIN, ceramah motivasi, kesihatan, pelancaran novel, bedah buku, grooming dan lain-lain lagi.
Ayuh! Mari kita meriahkan Pesta Buku Selangor 2011!
Pesta Buku Negeri Sembilan : Mari Borong Buku Lagi!
26 May 2009 Leave a Comment
in Lari Sebuah Diari, Rehlah Maktabiah Tags: buku, iklan, perpustakaan, pesta buku

Seremban Parade. Gambar diambil dari web allmalaysia.info
Pesta Buku Negeri Sembilan 2009 akan diadakan seperti butiran di bawah :
Tempat : Seremban Parade, Seremban, Negeri Sembilan. Berdepan dengan Stesen Komuter, Seremban.
Tarikh : 27-31 Mei 2009.
Masa : 10 pagi sehingga 10 malam.
Untuk ke sana :
Kereta & Motor: Pandu sahajalah ke sana.
Bas : Ambil mana-mana bas pusing bandar di Terminal One yang akan lalu di hadapan Seremban Parade. Harga sekitar Rm1-Rm2 (tak pernah naik bas ini)
Teksi : Ambil mana-mana teksi untuk ke sana. Harga sekitar RM3-RM5.
Jalan kaki : Anda boleh berjalan kaki dari Terminal One ke Seremban Parade melalui pesisiran jalan. Atau gunakan denai pejalan kaki berhampiran kuarters KTM di hadapan Terminal One.
Komuter : Berhenti di stesen akhir laluan Seremban-Rawang di Komuter Seremban. Keluar stesen dan seberang jalan untuk ke Seremban Parade.
Antara yang menyertai, UjanaIlmu.com.my. Pastinya UjanaIlmu kali ini menjual buku secara offline! Dapatkan buku-buku edaran mereka pada pesta kali ini.
p/s : Pesanan ini dibawakan untuk anda oleh isteri CEO UjanaIlmu.Com.My, Puan Nisah Haron…Selamat membeli-belah!






Komen Terkini