Madu Yaman…Yum…Yum!


Semalam, tauke madu Yaman singgah di rumah saya. Beliau membawa banyak produk madu dari Yaman, sementelah pembekal madu dari sana, seorang pelajar Yaman, datang berziarah ke Jordan. Madu Yaman yang dibawa agak banyak, dalam sekotak kecil, sedozen mungkin.

Pamplet Madu Yaman Muka 1

Pamplet Madu Yaman Muka 1 (sila klik untuk besarkan)

Perniagaan madu adalah salah satu bisnes yang menarik untuk diterokai. Ini kerana madu terdapat dalam pelbagai jenis, pelbagai rasa, pelbagai warna dan mempunyai banyak tahap kualiti. Seperti tulisan saya dalam artikel ‘Antara Madu & Gula : Siapakah Anda?‘ yang lepas(turut tersiar di majalah Gema Negeri, Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan Mesir, Edisi Bumper, 3-26 Oktober 2007), saya mengutarakan beberapa kelebihan madu berbanding gula.

Selepas tauke madu pulang, sayapun tak melengahkan masa (tauke guna rak buku saya untuk display, kena cukai…haha), mencuba satu pek. Madu Yaman ini dipek dalam botol plastik kecil, sekitar setengah kilogram. Madu Yaman ini, warnanya agak gelap berbanding madu-madu yang saya pernah cuba sejak hidup di dunia ini. Madu jenis komersil, yang biasanya orang guna untuk sarapan, dijual di supermarket-supermarket, biasanya adalah madu campuran, dicampur dengan gula, berwarna keemasan dan selalunya adalah madu lebah komuniti belaan, bukan madu lebah liar. Madu dari Chechnya, biasanya dari gunung-ganang, berwarna cerah, baunya agak manis, dan harum seumpama bauan bunga. Manakala madu dari Jordan (ya, Jordanpun ada madu), berwarna kuning agak cerah, kadangkala turut dicampur gula. Harga masing-masing berbeza mengikut jenis dan kepopularitian.

Pamplet Madu Yaman Muka 2

Pamplet Madu Yaman Muka 2 (sila klik untuk besarkan)

Madu paling murah dan kurang kualitinya, adalah madu lebah komuniti belaan. Ini kerana ia telah menjadi industri komersil, maka sesuatu yang dibela dan dijaga tentulah tidak sama dengan yang dicari dengan susah payah. Macam ayam daging dan ayam kampung juga (walaupun mungkin kurang tepat, sebab ayam kampung sekarangpun ada yang dibela dengan penuh cermat, rujuk ‘Ayam Organik’, Majalah 3 2007). Madu jenis ini, harganya sekitar 2.50-3.50JD (sekitar RM12.50-17.50) sahaja untuk setengah kilo. Madu dari gunung Chechnya, harganya lebih mahal sedikit, iaitu sekitar 9-12JD. Madu Jordan pula sekitar 9-10JD sekilo. Madu yang paling mahal yang saya pernah beli adalah madu Yaman, setengah kilo, 20JD bersamaan 100RM!

Kelebihan Madu Yaman

Melihatkan warnanya yang gelap, baunya yang agak lain daripada yang lain, tentulah rasanya turut berbeza. Madu Yaman lebih likat, dan pekat, tidak seperti madu negara lain dan madu campuran. Saya hanya boleh beri perumpamaan seperti ini, anda mengunyahnya seperti gula-gula getah lembut, bukan menjilatnya! Madu Yaman tidak membuatkan tekak anda perit selepas memakannya seperti anda makan madu-madu yang lain. Ia juga lebih tahan lama, dan rasanya tidak terlalu manis. Sebagai madu yang popular dan masyhur sejak turun-temurun, ia dieksport ke merata tempat terutamanya di negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

Berbaloi!

Saya tidak terlalu berkira soal harga, mungkin kerana bagi saya, madu Yaman ini adalah yang paling sedap. Selalunya, kalau saya beli madu campuran, saya tidak dapat menghabiskan madu tersebut. Tapi madu Yaman ini, alhamdulillah, walaupun saya makan kadangkala saja, tapi selalu habis hingga ke dasar botol. Pembelian yang berbaloi!

Ops…Saya belum makan lagi madu hari ini…Minta diri dulu!…Yum…Yum (telan air liur..) Tapi jangan makan banyak-banyak…madu ni panas!

P/s : Untuk pelajar Jordan, anda boleh hubungi Enche’ Said J di 0779 590 342 untuk mendapatkan setengah kilo madu Yaman. Sediakan 20JD ya! Kalau orang Malaysia, anda kirim saja daripada pelajar Yaman atau anda boleh hubungi Us Shamsul di YM ID madu_yaman dan emel madu_yaman@yahoo.com. Kalau beli dengan Us Shamsul, mungkin ada banyak pilihan dan dapat diskaun…Sila-sila…Jangan segan-segan.

4 Comments (+add yours?)

  1. nasser
    Jul 23, 2011 @ 10:40:47

    Salam. Bagaimana kalau saya nk order madu sidr. Berapakah harga nya? Mohon memberi sedikit penerangan.

    Reply

    • wewr
      Jul 24, 2011 @ 03:00:26

      Maaf. Entri ini saya tulis semasa saya di Jordan 3 tahun lepas. Justeru, sekarang, saya juga sudah hilang cara bagi menghubungi semula sahabat di sana. Ataupun, mohon tuan emel saya di asyraffdini at gmail.com untuk saya beritahu nombor telefon rakan saya di Shah Alam.

      Reply

  2. agen pulsa murah
    Mar 14, 2012 @ 11:10:20

    pemasaran di indonesia untuk madu ini udah beredar luas belum ya?

    Reply

  3. ikram
    Jun 23, 2012 @ 12:44:16

    ni no ust shamsul yaman 011-19234716.. dia sekarang telah membuka kedai iyamani g-mart dengan menjual pelbagai jenis madu yaman dan barangan arab yang lain..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: