Sekitar Bengkel Penulisan Fiksyen Islami – Hilal Asyraf


Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah yang menjadikan setiap nafas dan benturan jiwa hamba.

Hilal Asyraf dan Bunting Bengkel Penulisan Islami

Bengkel Penulisan Fiksyen Islami oleh Akhi Hilal Asyraf telah diadakan di Galeri Ilmu pada 26 dan 27 Jun 2010, baru-baru ini.

Bengkel ini memfokuskan mengenai sifat, peranan dan tanggungjawab sebagai penulis Islami, tidak kira sama ada sebagai penulis fiksyen mahupun penulis non-fiksyen.

Hilal Asyraf, sebagaimana yang kita ketahui prolifiknya dalam tempoh 2 tahun ini, telah berjaya menghasilkan 5 buah buku fiksyen dan 2 buah buku non-fiksyen. Tidak lama lagi, Hilal akan menerbitkan sebuah lagi buku non-fiksyen sebagai sambungan kepada Langit Ilahi dan Kembara Hamba Mencari Cahaya.

Jarang-jarang kita temui seorang penulis yang berjaya menulis kedua-dua genre serentak dan prolifik pula. Walaupun terdapat sebahagian kelompok sastera yang tidak mengiktiraf kejayaan penulis sebegini, namun, sumbangan Hilal Asyraf kepada pembangunan jiwa remaja terutamanya di alam maya, tidak dapat dinafikan.

“Kini saya sudah boleh meneruskan langkah menjadi penulis Islami!”

Berkongsi Tip

Hilal berkongsi tip penulisannya kepada semua peserta. Antara tip yang diutarakan dalam bengkel kali ini ialah :

  • Penulis Islami adalah seorang penulis yang menulis Islam daripada dirinya. Wataknya sebagai penulis Islami, mestilah sama di luar karya mahupun di dalam karya. Penulis Islami membawa Islam di atas pundaknya, justeru, penilaian karyanya sama ada Islami atau tidak, diukur melalui neraca Al-Quran dan Sunnah.
  • Promosikan cerpen atau kisah fiksyen di shoutbox blog lain sekitar 100 hingga 300 blog, supaya pembaca akan tertarik juga membaca tazkirah-tazkirah di blog.
  • Penulisan Islami adalah peperangan menentang jahiliyah. Penulis adalah mujahid, senjatanya adalah buku, pena dan laptop. Sementara buku terbitannya adalah peluru yang disiapkan bagi menghancurkan kebodohan.
  • Penulis Islami mesti mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah, supaya apa yang ditulis, sampai kepada pembaca.
  • Peraturan penulisan adalah berdasarkan peraturan Allah.
  • Penulis adalah doktor, bukan peniaga. Ubat di dalam botol adalah pahit, namun perlu dipreskripsikan oleh doktor. Apabila penulis bertukar menjadi peniaga, ubatnya akan mengikut permintaan pesakit, dan ubat-ubatan akan menjadi komoditi buat duit.
  • Ego vs eager dalam mencari ilmu baru.
  • Disiplin penulis, 1 hari 1 bab novel dan 1 artikel blog. Latih tubi ini akan menjadikan penulis peka dengan masa dan menjadikan penulis produktif.
  • Wang akan datang sendiri sekiranya kita menulis. Namun, kita akan rugi wang itu sekiranya kita tidak sertakan niat dan pahala membangunkan masyarakat.
  • Banyakkan menulis cerpen terlebih dahulu sebelum menulis novel.

Peserta Bengkel Penulisan Fiksyen Islami Bersama Hilal Asyraf

Bengkel 2 hari ini, berjaya menyuntik nilai-nilai penulis Islami dalam diri peserta. Selepas ini, akan bertambahlah penulis-penulis yang memanfaatkan hasil tulisan mereka membangunkan ummah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: