Resensi Buku : Biarawati Qaseh Puteri.


Saya menghabiskan masa selama beberapa hari bagi menyelesaikan bacaan novel ini. Kebetulan, kuda saya meragam kelmarin, saya terpaksa menaiki LRT dan Komuter. Justeru, saya bikin Baca@LRT, Baca@Komuter, Baca@Restoran dan Baca@Surau sekaligus. Mujur lipan terbang sudi membawa saya pulang dengan segera.

Secara keseluruhan, novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik, kerana membawa pembaca kembali ke zaman pemerintahaan Portugis di Melaka melalui penemuan manuskrip lama. Manuskrip itu ditulis oleh Qaseh Puteri, yang dipaksa menjadi biarawati di Kota A Famosa, Melaka, pada zaman selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Dari segi nama, penggunaan nama Qaseh tidak lazim pada zaman dahulu. Apatah lagi menggunakan huruf Q. Saya kira, berdasarkan teori familiariti, perkataan Qaseh tidak berada dekat dengan pembaca, kecuali pembaca hanya dapat mengaitkannya dengan produk Qaseh oleh Ustazah Norbahyah dan suami!

Novel ini menceritakan berkenaan perjuangan 2 watak utama dalam novel, iaitu Qaseh Puteri, seorang anak kampung dan Tun Mahmud, anak kepada Panglima Awang Budi, pejuang yang pernah menentang penjajahan Portugis.

Tempoh waktu yang berjalan, walaupun agak sedikit lambat dan tidak sepenuhnya secara kronologi, namun ada babak-babak yang diselitkan dengan aksi-aksi cepat seperti peperangan beberapa hari, serangan lanun di laut dan perdebatan Qaseh Puteri dengan Tuan Keramat paderi besar Portugis ketika itu.

Namun, saya sedikit kecewa apabila banyak babak tidak ditulis dengan teknik surah Yusuf, seperti pengarang menjadi omnipoten. Omnipoten bermaksud, pengarang dilihat mempunyai kuasa besar terhadap watak sehingga boleh tahu apa yang difikirkan watak dan apa yang dirasai oleh watak. Kesan keseronokan membaca watak dalam karya, tidak
seperti membaca karya yang pengarangnya tidak omnipoten. Watak yang bebas daripada pengaruh minda pengarang terasa lebih hidup dalam khayalan pembaca.

Terdapat juga beberapa kesilapan yang saya kira agak fatal berdasarkan Teknik Surah Yusuf.

Berdasarkan Teknik Surah Yusuf, pengarang tidak boleh memberi kemenangan moral kepada watak jahat dan watak baik dikenakan hukuman. Dalam buku Biarawati Qaseh Puteri ini, kedua-dua watak baik menghadapi hukuman. Qaseh Puteri dirogol oleh Paderi Besar Portugis itu, manakala Bujang atau Tun Mahmud pula akhirnya kalah dalam peperangan. Qaseh Puteri dihantar ke Goa dan dijual sebagai hamba abdi. Kisah ini seolah-olah memberi kemenangan moral kepada Kristian apabila Mother Rosalia digambarkan sebagai seorang yang baik budi pekertinya, dan melayan Qaseh Puteri seperti adiknya sendiri.

Secara moralnya, kedua-dua pejuang kalah dalam medan masing-masing.

Dan ini yang kita tidak mahu diserapkan dalam minda pembaca. Islam mesti menang dan menang!

Terdapat satu bab yang saya kira kurang berkaitan dan mengganggu peleraian klimaks dalam jalan cerita. Bab itu menceritakan mengenai perang atau watak baru yang kurang berkaitan dengan perjalanan watak utama.

Sebagai sedikit panduan, saya paparkan tulisan Puan Ainon berkenaan apa yang tidak boleh ditulis dalam novel-novel yang patuh Syariah.

1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik.

2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara.

4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya.

5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami.

6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami.

7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak

sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank.

8. Tidak ada unsur di mana ‘menjadi orang baik tidak berbaloi’ yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, manakala watak jahat hidup kaya.

9. Tidak boleh menceritakan kecantikan anggota tubuh badan perempuan jelita ataupun tubuh badan lelaki yang tampan.

10. Tidak ada babak di mana watak melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, berjudi, berzina, menerima rasuah  dan lain-lain dosa berat.

2 Comments (+add yours?)

  1. SifuPTS
    Jul 08, 2010 @ 12:37:04

    Pengarang novel ini tidak hadir bengkel teknik surah Yusuf.

    Reply

  2. Umi Danial
    Jul 08, 2010 @ 17:28:18

    Taglinenya: Novel Perjuangan Islam.

    Tetapi seperti tidak ada kemenangan yang dicapai. Tagline yang manipulatif.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: