Resensi Buku : Celoreng Biru


Resensi buku : CELORENG BIRU

Karya AZZAH Abdul Rahman

Gambar Ihsan : Kedaibukue.com

Selama ini saya menganggap bahawa program PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Sepanjang beberapa tahun ia dijalankan, begitu banyak berita tidak enak yang kita dengar terhasil daripada permukiman 3 bulan remaja sekitar 18-19 tahun ini di kem-kem.

Daripada insiden pergaduhan, rogol, keganasan, dan kes pukul sehinggalah kes mati lemas, kes seksual, khalwat dan macam-macam lagi. Kebanyakan kes menjurus kepada ketidakpositifan PLKN sebagai program yang membina negara.

Melalui buku Celoreng Biru, yang ditulis oleh pengarang muda, Puan Azzah AR, salah seorang bekas Ketua Jurulatih PLKN, kita disorot untuk mengetahui lebih mendalam, apa yang berlaku di dalam kem sebenarnya. Buku ini lebih berbentuk cerita, dan bagaimana penulis menangani situasi di dalam kem. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menyampaikan cerita dalam mengenai program besar ini selepas bertahun-tahun program ini menghadapi banyak komen negatif.

Walaupun dari satu sudut, masih ada isu yang tidak dijawab oleh penulis, seperti isu rogol, isu zina, isu pergaulan bebas dan isu modul yang kurang nilai agamanya, namun, penulis masih mampu mengutarakan jawapan kepada beberapa persoalan seperti isu pergaduhan, isu histeria, isu kemusnahan fasiliti universiti dan lain-lain.

Buku ini, walaupun agak nipis, tetapi ia mengandungi harapan yang besar, bukan sahaja daripada penulis, bahkan keluarga pelatih amnya dan keluarga besar PLKN seluruhnya agar program PLKN ini bukan sahaja diberikan kredit positif, tetapi diangkat martabatnya dengan melakukan pembaikan demi pembaikan. Semoga usaha penulis, mencetus idea dan cadangan ke arah pemantapan PLKN yang lebih membawa remajanya ke arah pemahaman dunia dan akhirat secara lebih sempurna.

Buku Celoreng Biru ini boleh didapati daripada laman web http://azuzafu.com atau melalui penulis sendiri di Facebook Azzah Abdul Rahman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: