Glosari Glokal


GLOSARI GLOKAL

LOKAL

Nota : Ini Bahasa Melayu Rendah, sila jangan gunakan untuk situasi rasmi dan bahasa buku. Sebaiknya gunakanlah bahasa Melayu Tinggi supaya semua orang memahami.

Loghat Terengganu

Perbezaan Asas loghat Terengganu(berbeza mengikut daerah)

  • Perkataan yang berakhiran -n akan ditambah menjadi – ng. Contoh: makan ~ makang . Yang ini kebanyakan orang tahu.
  • Sesetengah perkataan yang berakhiran -ng akan dibuang hujung g menjadi -n. Contoh: buang ~ buan. Hal ini lebih mudah dikesan sekiranya berlaku percubaan orang Terengganu untuk bercakap gaya orang luar. hehe…
  • Kawasan-kawasan tertentu seperti Kuala Berang, dan Besut mempunyai loghat yang lebih pekat berbanding kawasan-kawasan di Kuala Terengganu.

Senarai glosari [Sebahagian istilah agak pekat, mungkin ada orang Terengganu sendiri tidak tahu]

1) Kosa kata

  • air cho = air kumbahan
  • ambe – saya
  • babil – degil
  • bakor – kutuk
  • bakpe = kenapa
  • bapok – besar
  • base gok = itulah ~. Contoh ayat: “Kan Pak Ngah dah cakap.. Tak nak dengar.. itulah~.”
  • bata golek = bantal peluk yang panjang itu….
  • bedal – memukul
  • beghapok – bertempiaran ( lari )
  • belebah = kayu belebas. Istilah yang digunakan untuk kayu di atas pintu kayu rumah lama. Menjadi tempat menyimpan kunci biasanya….
  • beléppéng = pancit
  • béng, doksoh – jangan
  • bigha – tepi
  • boh mung keje nape? = boss kamu kerja apa? Maksudnya ‘ayah kamu kerja apa?’
  • bok = buku.
  • buwi, wi – bagi, beri
  • caccang – berdiri tegak
  • cekelak gang = coklat gam, gula2 getah
  • céléng = tabung
  • colok – mancis
  • congok – berdiri
  • dang – sempat
  • déme – awak
  • dôk = duduk, tinggal
  • dók = tidak
  • dók jenera = tidur yang tidak jendera(ada dalam kamus dewan). tidak nyenyak.
  • dók oh lalu/nebeng/têbéng = melampau, paksa.
  • dók pakka gawa = tidak boleh diharap.
  • dók rok ccetong = lemah sangat (seperti tidak makan nasi walau satu cupakpun setahun). Cetong adalah cupak.
  • geppe – kuat (bunyi)
  • ghégé – banyak mulut
  • gohék gostang = Go Ahead Go Stand. Maju mundur.
  • gok = reban/kandang untuk ayam atau binatang ternakan lain.
  • gong – sombong
  • gorék – pengasah pensil
  • grudung gapok = bunyi yang kuat biasanya bunyi sesuatu jatuh. Cth : Grudung gapok bunyi puyok jatuh takdi. (Kuat sungguh bunyi periuk jatuh tadi).
  • guane – bagaimana
  • guanê gamok? = Bagaimana keadaan? Biasanya digunakan untuk menanyakan khabar.
  • hok = yang. Contoh ayat “Hok mane se?” maknanya “Yang mana satu?”
  • ilek lu = rileks dahulu, rileks sekejap.
  • jepuk – cekodok
  • jok buruk = buruk lantak..makan banyak, dan tukang penghabis makanan
  • juruh – jujur, baik, straight person
  • kayu rul – pembaris
  • kéhék = memuntahkan dari mulut.
  • kékgi – karang, sebentar lagi
  • kekoh – gigit
  • kelih – tengok
  • kelong – bengang
  • kena – terpaksa
  • kerok – kotor
  • khabak – panjat
  • khejong – kerjakan – contoh ayat : “Dok oh nggoh dia ning… Pakat khejong tak mboh?” bermaksud “Melampau betul dia ini… (Kita) sepakat kerjakan (dia) mahu tak?
  • kohokoho = slow-slow, dikit-dikit, pelan-pelan.
  • komang/komang spanar = tidak hebat.
  • kupik– kedekut
  • lécoh = air selut
  • lémbék = tilam
  • lening – sekarang
  • loh – lakukan. Contoh ayat “Kalu mung sere gagoh ngak, loh ah” maknanya “Kalau kau rasa kuat sangat, lakukanlah”
  • lo’i ( lok-i ) – basi
  • mbéng = lebih yg bersangatan. Contoh ayat – Kasim hensem mbeng banding Abu.
  • molék – elok
  • mung = engkau/kamu/awak…Makna yang lebih dekat, engkau.
  • nayang – terbang
  • nengung – termenung
  • nusuk – bersembunyi
  • nyétting = lumba
  • pah – sampai. Contohnya “Pah gitu seme?” maknanya “Sampai begitu sekali?”
  • pah duane = ke mana perginya
  • pelékong – melempar dengan kuat dan laju
  • petong – membaling
  • pitih = duit
  • piyat – merotan
  • piye – siapa
  • porong – hodoh
  • posén – puluh sen
  • puyok = periuk
  • riyal – ringgit
  • roba = getah pemadam
  • saing – kawan, member
  • sayup – jauh
  • se– satu
  • sé’éh = perut penuh
  • sék = sect, puak, kumpulan, geng, memberi maksud sekelompok atau sekumpulan.
  • séléng = duit syiling
  • seme = sekali. Contoh ayat “Guane jadi gitu seme?” maknanya “Bagaimana boleh terjadi sebegitu sekali?”
  • semmakfit, muat-muat
  • sere – rasa
  • sila – tengok-tengok
  • sokmo – selalu
  • sumbak – kekeringan idea
  • takdi = tadi
  • takmboh – tidak mahu, tidak ingin
  • tepuh – langgar
  • timun cina= tembikai
  • tule – sama
  • wak kerah – membuat tidak tahu. Selamba.

2) Kata Adjektif (berbentuk sifat)

  • panas so’oh = panas so hot
  • ketor didih = ketar menggigil
  • golek arek = bergelimpangan
  • sejuk ketor = sejuk menggeletar
  • manis leting = manis sangat
  • pahit nepang = pahit gila
  • masing pekok = masin sangat
  • masang rebang = masam gila (lebih berkenaan bau)
  • masang catung = masam muka
  • busuk kohong = busuk berbau kohong…haha…kohong ni tak tahu nak kata cemana.
  • hanyir pekok = hanyir sangat
  • hacing pering = hancing, bau bacin
  • hanyar belanar = bersepah2…
  • basoh jeruk = basah teruk…macam jeruk basahnya.
  • lapor gelitik = lapar yang teramat sangat
  • gelap guguk = gelap yang menggugupkan
  • gelap gelemak = gelap zulmat, iaitu terlampau gelap (waktu malam)
  • cukang-cemaking = kucar-kacir.
  • lebong = tipuan, bohongan
  • berjelabok wok = berterabur.
  • berleming = berminyak.
  • bbolok wok = bercampur-aduk, dalam keadaan penuh.

3) Kata perbuatan

  • berleber = blabber, berleter.
  • bahang = pukul, baham.
  • cuoh = curah, tuang
  • nakkut = penakut
  • nyepe = penyibuk…
  • ngajuk = merajuk
  • kuca = menggaul, kacau
  • katok = pukul, ketuk.
  • nok = nak
  • nawok = menipu
  • pecat = tanggalkan sesuatu.. cth : tanggalkan kasut..
  • derah = cepat
  • kona = corner, membelok
  • gaduh = tergesa-gesa, gopoh-gapah
  • ngangjing = memperlekehkan
  • kabo/ghoyak = beritahu
  • hingak api = perbuatan menyalakan api hingga arang menjadi bara.

Petunjuk: (Diharap agar diperbetulkan kalau saya tersilap istilah)
ê = e pepet (seperti kata êmak)
é = e taling (seperti kata lépak)

1 Comment (+add yours?)

  1. aswatie
    May 18, 2010 @ 16:41:24

    apa maksud oreg gapo gok???

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: