5 Apps Quran yang Paling Berselera


5 APPS AL-QURAN PALING BERSELERA

DIBACA! Selepas bulan Ramadhan berlalu, Syawal menjelma dengan penuh azam baru. Sewaktu bulan Ramadhan, kita berlumba-lumba membaca, menghayati, memahami dan cuba mengamalkan makna daripada ayat-ayat Quran yang kita baca. Ada yang khatam sekali, ada yang khatam 3 kali, ada juga yang fokus kepada membaca makna terjemahan, malah ada juga yang khatam terjemahan maknanya.

Bagi mengekalkan momentum kekuatan kita pada bulan Ramadhan, kita perlu mulakan semula ‘perlumbaan’ dan penghayatan al-Quran yang kita sudah mulakan pada bulan Ramadhan lepas.

Di sini, saya ingin berkongsi 5 Apps Android terbaik bagi saya yang dapat membantu saya mendalami dan menghayati makna al-Quran dengan lebih baik lagi.

bayanquran
1. Bayan Quran
Download di sini
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.quranworks.quran&hl=en

Deskripsi
Next-Generation Interactive Quran App with Word Definitions, Translations, Recitations, Library & More.
Bayan Quran is the most beautiful Quran you’ve ever seen on a mobile device. Bayan Quran has been exclusively designed from the ground up especially for Android devices. The art in the app was custom designed by some of the best Quran artists in the world. Painted greens, illuminated gold ink, and beautiful paper give you an amazing experience.

FEATURING:

*QuranWords* (NEW)
For the first time ever long tap on any word in the Quran to instantly access its translation, root word, root word definition, grammar, and transliteration. Never skip a word you don’t know any more and learn new words every time you read!

*QuranLibrary*
Tap on any Ayah Number to access the library panel and tap on the title of the current book to choose from any of the available books in your library. Add any books you want from the bookstore including Translations, Commentaries, Reasons of Revelation (asbab nuzul), and much more. (some of this coming soon).

*QuranPlayer*
Beautiful Quran audio player that is easy to use and allows you to set the range of verses and the number of repeats for each verse and for the whole selection. Choose from 17 reciters to stream or download. Manage your recitations and reciters within the app and play anywhere.

MORE FEATURES:

Custom Quran Art
Tutorial
Sharing
Notes
Search (with root word search)
Page Bookmarks
Ayah Bookmarks
Notes & Bookmarks & Share Management
Verse Highlighting
Page Slider with complete page info
Intuitive Navigation through Surah Name & Juz’ Number

* The app will try to enhance your experience based upon your current location.

Komen saya :
Antara apps terbaik yang wujud setakat ini.
– Kelebihan paling utama adalah dapat membaca terjemahan per kata bagi setiap perkataan. Dalam bahasa Inggeris. Disertakan dengan sedikit nahu dan sorof berkenaan perkataan tersebut. Hal ini banyak membantu perbendaharaan bahasa Arab.
– Juga boleh menulis nota berkaitan apa yang kita baca. Hal ini juga penting bagi membantu pemahaman dan situasi al-Quran menegur kita.
– Kekurangan : Sukar untuk skrol. Perlu betul-betul memastikan ayat dengan muka surat berpadanan. Masih banyak bugs yang perlu diselesaikan.

unnamed
2. Quran Android

Download di sini
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.quran.labs.androidquran&hl=en

Deskripsi :
Quran Android is a free, open source Quran application for Android devices. There are many features under development. Please send us your feedback and feature requests and keep us in your prayers!

Quran Android provides the following features:
– Updated Index
– Gapless audio playback
– Ayah bookmarking
– Ayah share
– Ibn Katheer and Saady Tafsir
– Audio recitations are available for streaming and downloading with highlighting support (tap the screen for to get the audio toolbar).
– search
– beta: night mode
– beta: audio repeat
– crystal clear Madani compliant images.
– translations in many different languages (currently, Arabic Tafseer, English Sahih International Translation, French, German, Indonesian, Malay, Spanish, Turkish, Transliteration, Bosnian, Russian, Bengali, Kurdish, Somali, Dutch, Swahili, Malayalam, Azerbaijani, Tamil, and Urdu) with more coming soon.

*Please Note* – we need phone state permissions so we can stop the audio playback when a phone call comes in (otherwise, it would continue playing). also, we need internet to download data due to the limitation on non-sdcard memory on most android phones.

Because Quran Android is an open source project, it makes it easy for anyone to contribute and help improve the project. we are also open to hearing your suggestions to make Quran Android the best Quran application on the market.

Recitations available:
Abd El Basit – Abdul Basit Mujawwad – Abdullah Basfar – Abdurrahmaan As-Sudais – Abu Bakr Ash-Shaatree – Alafasy – Ghamadi – Hani Rifai – Husary – Husary Mujawwad – Hudhaify – Maher Al Muaiqly – Minshawy – Minshawy Mujawwad – Mohammad al Tablaway – Muhammad Ayyoub – Muhammad Jibreel – Saood Ash-Shuraym – Ibrahim Walk (English)

Tags: Quran, Qur’an, Koran, Coran, Islam, Quran.com

Komen saya :
Saya paling suka apps ini kerana,
– Kita boleh buat pilihan sama ada mahu paparkan ayat sahaja atau bersama translation. Layoutnya berbeza.
– Layoutnya menghampiri Quran fizikal mushaf Madinah. Sebab ia discan.
– Boleh digunakan pada mana-mana layout, melintang atau menegak.
– Kemampuan untuk tag ayat dengan apa sahaja tag yang kita suka. Juga ditanda mana-mana ayat sebagai ayat kegemaran.

– Kekurangan, perlu download setiap muka jika mahu mendengarkan bacaan.

quran saliima
3. Quran Kata Per Kata

Download di sini
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.saliima.quran&hl=en

Penerbit : Elevendream.com/Quran_Saliima

Deskripsi
Quran Saliima (Terjemah Per Kata Indonesia)
Memberikan kemudahan dalam membaca dan mempelajari Al-Quran dengan font-nya yang istimewa dan kelengkapan fiturnya yakni adanya audio dengan beberapa pilihan Qari*, terjemah per-kata*, terjemah per-ayat yang disertai dengan tafsir Jalalayn dan Ibnu Abbas*.

Fitur:
– Terjemah per kata bahasa Indonesia*
– Terjemah per ayat bahasa Indonesia
– Tafsir Jalalayn per ayat bahasa Indonesia*
– Tafsir Ibnu Abbas bahasa Inggris*
– Audio per ayat dengan beberapa pilihan Qari*
– Bookmark halaman
– Bookmark ayat*
– Tanda tajwid berwarna
– Tadabbur makna per ayat* sambil mendengarkan audio
– Menu untuk download audio
– Menu untuk mendengarkan audio saja/mengecek hafalan quran
– Zoom In dan Zoom Out*
– Berbagi (share) ke email, sms, whatsapp, dll
– Mendukung full landscape atau portrait
– Disusun per halaman berdasarkan Mushaf Madinah

Keywords: Quran, Islam, Islamic, Koran, Qur’an, Muslim, Digital Quran, Quran Terjemah Per Kata, Tafsir, Tafsir Jalalayn, Tafsir Ibnu Abbas, Islamic Apps, Al-Quran
quranalhadi
4. Al-Quran al-Hadi

Download di sini
https://play.google.com/store/apps/details?id=wd.pkh.alhadi&hl=en

Deskripsi
Al-Qur’an al-Hadi akan melengkapi kebutuhan umat Islam yang akan mendekatkan mereka kepada al-Qur’an, menjadikan mereka mudah untuk membaca al-Qur’an, memahami al-Qur’an dan mengkaji al-Qur’an, merujuk dan mencari jawaban dari al-Qur’an.

Fitur al-Qur’an al-Hadi:
Indeks Tematik: melihat/mengkaji isi kandungan al-Qur’an dalam bentuk tematik yang ter-struktur, dari skema besar, lebih detil dan lebih detil lagi, sampai akhirnya ditunjukkan ayat beserta arti.

Kajian Ayat:
Ingin mengetahui ayat al-quran kita baca bercerita tentang tema apa? silakan masukan ayat al-quran, klik tombol cari, kemudian akan muncul tema kajian yang dibahas dalam ayat tersebut

Manfaat
– Bukan sekedar membaca, tapi mengetahui tema kajian ayat-ayat al-Qur’an.
– Mengetahui dalil-dalil yang bersumber dari al-Qur’an secara mudah

Contoh:
Tema kajian: Alam Akhirat > Surga > Syarat Masuk Surga > Iman dan amal shaleh
Al-Baqarah [2] : 28

Dari tema kajian diatas dapat diketahui bahwa surat al-Baqarah ayat 28, meceritakan tentang Kajian “Alam Akhirat” yaitu “Surga”, lebih detailnya adalah salah satu syarat masuk surga” adalah “Iman dan Amal Saleh”.

– Ingin mengetahui syarat masuk surga” yang lainnya silakan piliih kajian “Syarat Masuk Surga”
– Ingin mengetahui Tentang surga secara luas lagi, silakan pilih kajian “Surga”
– dan begitu seterusnya.

Komen saya :
Al-Quran al-Hadi diterbitkan oleh Pusat Kajian Hadith Jakarta.
Kelebihan apps ini
– Kita boleh mengkaji terjemahan dan ayat Quran berdasarkan tema ayat dan topik. Ada 2 cara membacanya, iaitu melalui carian kata kunci, ataupun melalui indeks tematik.
– Sangat berguna bagi pengkaji, penulis artikel, penulis buku, penceramah dan lain-lain.
ayat holy quran
5. Ayat : Holy Quran

Download di sini
https://play.google.com/store/apps/details?id=sa.edu.ksu.Ayat&hl=en

Deskripsi
Ayat : Holy Quran : KSU-Electronic Mosshaf project.
Features :

Viewing scanned(soft) copy of real printed Mosshaf.

Providing copy of Mosshaf Al-Madina, copy of Mosshaf Al-Tajweed (colored according to Tajweed rules) and copy of Mosshaf Warsh (Rewayat Warsh An-Nafei’).

Holy Quran recitations by many famous reciters (two of them are by Rewayat Warsh an-Nafei’).

Repeating each Aya as many times as desired with time interval in between.

Search through Holy Quran text.

Direct browsing the Mosshaf by Sura/Aya(Chapter/Verse) , Juz(Part) or Page number.

Six Arabic Tafsir(Commentary) “Al-Saa’di, Ibn-Katheer, Al-Baghawy, Al-Qortoby, Al-Tabary and Al-Waseet”.

One English Tafsir(Commentary) “Tafheem Al-Quran by Al-Maududi”.

E’rab(Grammar) Al-Quran by Qasim Da’aas.

Text Translation of the Holy Quran meanings for more than 20 languages.

Voice Translation of the Holy Quran meanings for two languages (English and Urdu).

Sync between recitaion and Aya position in the Page (highlighting Aya while recited).

Sync between recitaion and voice translation (repeat the translation after the recitation).

Program Interface in both Arabic and English.

live preview (example) : http://quran.ksu.edu.sa

Komen saya :
Sebelum ini, jika saya tidak silap, apps ini berbayar. Sekarang sudah percuma.
– Apps ini ada 3 jenis mushaf. Mushaf Madinah, Mushaf Tajwid dan mushaf Qiraat Warsy. Mushaf Madinah menggunakan font khat cetakan Quran terbaru. Berbanding Al-Quran Android, menggunakan font khat cetakan Mushaf Madinah yang lama.
– Ada banyak tafsir Inggeris, Arab dan Indonesia dan juga terjemahan.
– Untuk Advance user, apps sebegini memang dinantikan oleh penuntut ilmu.
– Juga mengandungi I’rab Quran.

Kekurangan.
Layout agak serabut jika tafsir atau terjemahan dipasang. Perlu ruang space yang agak besar dalam smartphone jika mahu menggunakan semua fitur yang ada.

Beberapa apps yang diperkenalkan ini dapat membantu tuan puan mengekalkan momentum Al-Quran dan Ramadhan. Semoga berpahala dan dapat menambah baik amalan kita semua. Amin.

Salam hormat,

Kajang Utama,
9 Ramadhn 1435H.

#pray4Gaza#welovequran

10 Tip Mengatasi Kebimbangan Terhadap Hasil Karya


Sebagai penulis, terutamanya penulis yang baru sahaja menulis dan masih lagi mencari rentak dalam penulisan, kita sering diburu dengan rasa ketakutan dari dalam diri. Penulis yang baru, cenderung merasakan bahawa karya mereka tidak akan diterima orang, karya mereka masih terlalu banyak kekurangan dan seribu satu kelemahan lain.

Antara contoh ketakutan yang biasa dialami oleh penulis-penulis adalah seperti berikut :

  • Malu karya tersiar.
  • Bimbang karya dikritik oleh pakar.
  • Bimbang karya dicemuh dan dianggap sampah.
  • Tidak suka menjadi popular dan menjadi buah mulut orang.
  • Malu diusik orang yang mengenali kita.
  • Takut sekiranya karya tidak laku dan tidak mendapat sambutan.

Kesannya, penulis akan mengedit karya terlalu banyak dan terlalu kerap. Justeru, akhirnya penulisan akan terhenti ataupun buku yang ingin dihasilkan tidak siap sama sekali. Apabila buku tidak siap, maka kita tidak dapat menghantarnya kepada penerbit bagi diterbitkan, pencetak tiada bahan bagi diterbitkan, pembaca juga tidak dapat manfaat daripada buku kita, dan semestinya kita tidak dapat royalti buku itu.


Tip 1 : Karya Kita Bukanlah al-Quran.

Ya. Karya kita bukanlah al-Quran yang sempurna. Sudah pasti, karya kita mengandungi kelemahan dan kekurangan, selaras dengan sifat kita sebagai manusia, bukan Pencipta.

Jika kita mengesan sebarang kelemahan, dan kita mampu memperbaikinya, dan kesalahan itu melibatkan isi yang penting, maka kita boleh memperbaikinya.

Terlalu sempurna bukanlah sifat bagi buku yang dihasilkan oleh yang bernama manusia.

Tip 2 : Teruskan Menulis dan Menulis.

Teruskan menulis dan menulis. Perbetulkan isi dan isu, selepas selesai menulis. Elakkan mencantas perjalanan idea dan menghentikan proses berfikir yang lancar semasa kita sedang menulis. Sekiranya proses ini terbantut, penulisan pun akan terbantut.

Selepas kita merasakan buku atau bab yang kita tulis itu sudah selesai, barulah kita berikan masa bagi memperbaiki dan memperbetulkannya pula.


Tip 3 : Mencincang dan Mencantikkan Karya adalah Tugas Editor.

Tugas penulis adalah menulis dan menghasilkan buku. Kadangkala, sebagai penulis, kita tidak nampak apa-apa kekurangan dan kelemahan buku kita. Kadangkala juga, kita sebagai penulis, asyik nampak kekurangan dan kelemahan buku kita.

Apa solusinya? Hantar kepada editor ataupun orang yang kita boleh percayai, sebagai penyemak kedua. Pastikan buku yang kita hantar itu sudah boleh dikategorikan sebagai buku yang sudah siap.


Tip 4 : Kenalpasti Ketakutan Kita. Berdialog Dengannya.

Ketakutan kita terhadap sesuatu yang kita tidak tahu dan jahil mengenainya, kadangkala menimbulkan masalah yang kita sendiri tidak pasti apa dia. Apa kata, kita cuba merangka penyelesaian bagi ketakutan kita itu? Cubalah berdialog dengan diri kita sendiri.

Saya : Mengapalah saya tidak dapat menyiapkan buku ini? Apa masalahnya?

Ketakutan : Sebab sekiranya awak mengatakannya sebagai ‘sudah siap’, awak mungkin akan perasan kelemahan-kelemahannya. Kalau buku itu tidak pernah siap, awak tidak perlu menghantarnya kepada editor, dan awak takkan mengetahui apa kelemahan-kelemahan buku awak. Jadi awak lebih selamat begitu.

Saya : Apa masalahnya sekiranya orang lain tahu buku saya itu buku yang tidak bagus?

Ketakutan : Nanti orang akan anggap awak sebagai penulis yang tidak bagus!

Saya : Berdasarkan persepsi siapa?

Ketakutan : Orang yang membacanya. Penerbit yang mungkin menolak buku saya.

Saya : Tetapi, bukankah dengan menyiapkan buku saya, dan mendapatkan maklum balas berkenaan buku saya itu, sama ada bagus atau tidak bagus, dapat membantu saya menambah baik buku saya, supaya saya dapat melangkah lebih jauh ke arah matlamat saya sebagai penulis?

Ketakutan : Betul juga, ya? Hmmm….

Tip 5 : Fokuskan Kepada Proses Penulisan, Bukan Hasil yang Sempurna.

Penulisan mempunyai prosesnya sendiri. Daripada proses mendapatkan kajian dan idea, sehinggalah kepada proses membukukan idea dan dapatan kita itu.

Bagi mengatasi ketakutan kita, fokuskan pada proses penulisan yang betul dan tepat. Ikuti langkah-langkahnya. Jangan fikirkan berkenaan hasilnya nanti sama ada bagus ataupun tidak. Biarkan editor yang fikirkan sama ada hasil itu sesuai diterbitkan ataupun tidak.

Sekiranya hasil penulisan kita itu nanti sesuai diterbitkan, editor akan berkata “Bagus!” . Jika tidak, editor akan memulangkan dan mencadangkan penambah baikan. Baiki dan hantar semula. Sehinggalah editor berkata, “Bagus!”.

Tip 6 : Fokuskan Kepada Matlamat Penulisan dan Apa yang Ingin Dicapai.

Adakah kita penah menulis sehelai kertas yang mengandungi matlamat-matlamat penulisan kita? Ingatkah lagi apa matlamat yang kita tulis sewaktu kita mula-mula menulis? Sekiranya belum ada, tulis sekarang. Ya, sekarang!

Sudah tulis matlamat penulisan kita?

Adakah buku yang sedang kita tulis itu berkaitan dengan matlamat penulisan kita dan dapat mencapai matlamat penulisan kita?
Jika ya, teruskan menulis. Jika tidak, berhenti dahulu. Semak semula matlamat kita dan teruskan kemudian selepas setting matlamat sudah betul.

Tip 7 : Tukar Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif.

Kadangkala, manusia sering berfikiran negatif lebih banyak berbanding berfikiran positif. Hal ini menyebabkan apa sahaja percubaan kita mahu melakukan sesuatu yang baru, dianggap mustahil dilakukan. Sehinggakan diri kita tidak berani keluar dari kepompong keselesaan. Inilah yang dikatakan sebagai pesimistik. Apa yang difikirkan, akan menjadi satu doa dan penarik aura.

Jika yang baik didoakan, maka yang baiklah yang akan datang. Jika yang buruk, maka yang buruklah yang bertandang.

Gejala pesimistik bukan sahaja dapat mecarik peluang dan ruang kita sebagai penulis, malah dapat menyerang kita hingga ke sudut terpencil daripada masyarakat. Justeru, dengan menukar persepsi diri daripada negatif kepada positif, kita dapat keluar dari zon selesa hidup kita.

Contoh :
Takut sekiranya karya tidak laku dan tidak mendapat sambutan
                                                      TUKAR
Gembira karya kita sangat laku dan sangat laris di pasaran.

Tip 8 : Cium Bau Ganjaran Penulisan yang akan Diperolehi.

Terdapat pelbagai jenis ganjaran yang diperolehi daripada penulisan. Ada ganjaran berbentuk dalaman, dan ada juga ganjaran berbentuk luaran.
Ganjaran berbentuk instrinsik adalah seperti rasa puas dapat menulis, rasa gembira apabila pembaca berubah ke arah yang lebih baik selepas membaca buku kita dan banyak lagi motivasi dalaman yang kita perolehi.

Manakala ganjaran berbentuk ekstrinsik pula adalah ganjaran luaran seperti hadiah, royalti, anugerah penulisan, honorarium, nama terpampang di akhbar dan pujian orang ramai.

Bagi mendapatkan bau ganjaran penulisan, kita perlu membayangkan apakah ganjaran yang akan kita perolehi nanti. Dengan membayangkan kita akan mendapat ganjaran itu, kita dapat menggerakkan tubuh kita berusaha mengelakkan kebimbangan, dan terus bersikap positif semasa menulis. Insya-Allah.

Tip 9 : Fikirkan Kejayaan Penulis-penulis lain Mengatasi Ketakutan Mereka.

Kita tidak pernah keseorangan dalam bidang penulisan. Sudah ada jutaan manusia yang pernah mengalami dan merasai pengalaman menulis dan ketakutan yang sama. Bacalah pengalaman mereka. Fikirkan kejayaan-kejayaan yang mereka kecapi sesudah berjaya mengatasi kebimbangan mereka. Fikirkan kekuatan yang mereka perolehi selepas mereka mendapat kejayaan-kejayaan tersebut.

Jika kita mampu, bertanyalah dengan mereka. Dapatkan tip dan panduan daripada mereka.

Tip 10 : Sentiasa Tingkatkan Ilmu Berkenaan Penulisan, dan Bidang Berkaitan.

Ketakutan wujud apabila kita berada dalam situasi tidak tahu. Contohnya, kita takut untuk terlibat secara aktif dengan promosi buku anjuran penerbit, kerana kita bimbang kita tidak dapat bercakap kepada khalayak dengan baik.

Atasi ketakutan itu dengan bertanya dan mengambil tahu. Meluaskan pembacaan berkenan bidang penulisan juga dapat mengurangkan kebimbangan yang kita alami.

Tempat Kerja Baru!


Ya!

Secara rasminya, saya sudah masuk melaporkan diri di tempat kerja baru. Di sebuah syarikat buku yang sedang membina namanya dan sedang rancak membangun…

Saya menjadi salah seorang editor perolehan. Insya-Allah, dengan semangat baru dan peluang yang diberikan, saya akan laksanakan tanggungjawab saya sebaik mungkin.

Selepas ini, saya akan sentiasa bermain dengan dunia training, tukul penulis, dunia penerbitan buku, cincang manuskrip, bedah buku, bina konsep, ikut orang pergi training, coaching penulisan, dan banyak lagi.

Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati saya apabila diberikan peluang ini…Alhamdulillah…

Terima kasih kepada Tuan Mazni Al-Irfan Jani dan Tuan Fazrul Ismail kerana memberikan peluang. Syukurrr…

Peta Minda Konsep Penulisan Ilmu Agama


Kali ini saya konon-kononnya mahu mendoodle. Apa itu doodle? Mohon google. Keh keh keh…

20 Idea Projek Berkenaan al-Quran (Siri Kedua)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Mudah-mudahan tuan puan berada dalam keadaan yang sihat, serta di bawah lembayung kasih sayang Allah selalu.

Kali ini saya akan menyambung penulisan berkenaan 20 Idea Projek berkenaan al-Quran yang saya tulis siri pertamanya tempoh hari. Maafkan saya kerana agak terlambat menyambungnya.

9) Ulum al-Quran Dalam Bentuk Baru. Ulum al-Quran, iaitu ilmu-ilmu berkenaan al-Quran sangat penting dipelajari oleh orang awam, bukan oleh pelajar agama sahaja. Hal ini disebabkan, bagi memudahkan mereka memahami dan memanfaatkan al-Quran, mereka perlu memahami nature al-Quran itu sendiri, berdasarkan ilmu-ilmu yang banyak ditulis oleh para ulama’ silam. Namun, situasi pada zaman sekarang ialah, pertama, kebanyakan buku mengenai ilmu-ilmu Quran ini masih lagi tersimpan kemas di dalam bahasa Arab. Kedua, buku-buku mengenai ilmu-ilmu Quran ini sudah pun diterjemahkan, namun gaya bahasanya tidak menarik minat pembaca bagi membacanya. Ketiga, penghasilan buku-buku berkaitan ilmu ini, seolah-olah terhenti setakat perbahasan ulama’ silam sahaja, iaitu tidak banyak ilmu baru yang dihasilkan. Ilmu-ilmu ini, perlu ditulis semula dalam bentuk yang menarik minat pembaca, misalnya dalam bentuk game book, ataupun questionnaire, word search, puzzle dan sebagainya. Boleh juga dihasilkan dalam bentuk flash card, buku bergambar, peta minda, carta, jadual dan lain-lain.

10) Buku-buku Panduan Menghafaz al-Quran. Buku ini bukan sekadar memaparkan tip-tip menghafaz al-Quran, malah menampilkan beberapa teknik praktikal yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tahfiz, malah orang awam yang mahu menghafaz al-Quran.
Contoh tajuknya :
10 Tip Menghafal al-Quran dengan Cepat dan Mudah.
Realisasikan Impi Menghafal al-Quran Bagi Orang Yang Sibuk.

11) Siri Buku Biografi Tokoh-tokoh berkenaan al-Quran. Siri ini boleh mengandungi puluhan malah ratusan biografi berkenaan tokoh-tokoh ilmuwan dalam pengajian al-Quran. Siri ini boleh merangkumi tokoh dalam bidang penerbitan al-Quran, penulisan al-Quran, tokoh periwayatan, tokoh qari, tokoh penterjemah al-Quran, tokoh ilmuwan dalam bidang berkenaan al-Quran dan lain-lain.

12) Diari Penurunan al-Quran. Lazimnya, kita hanya mengetahui beberapa ayat atau surah yang pertama dan terakhir diturunkan dalam al-Quran. Namun, kita tidak mengetahui ataupun mengambil tahu perbahasan dan ilmu lebih lanjut berkenaan penurunan al-Quran. Diari ini akan mengulas penurunan al-Quran surah demi surah, berdasarkan peristiwa dan timeline turunnya. Justeru, pembaca dapat menghayati bagaimana perjalanan kehidupan Nabi dan penurunan al-Quran.

13) Buku Manual Bagi Penerbit dan Pencetak al-Quran. Buku ini boleh dihasilkan dengan gabungan pengalaman penerbit-penerbit dan pencetak al-Quran. Manual ini menjadi satu ilmu yang berharga kerana perkongsian pengalaman penerbit dan pencetak al-Quran ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai penerbit lain, yang mahu turut menyumbangkan usaha mereka dalam mengembangkan lagi percetakan al-Quran. Antara topik yang boleh dimasukkan ialah, perlesenan terjemahan, penyusunan layout dalaman, rekaan khat, seni pakejing al-Quran, isu-isu berbangkit dalam percetakan dan penerbitan, isu halal haram, pelupusan bahan bercetak yang rosak, pelaburan modal dan lain-lain.

14) Ensiklopedia Bergambar al-Quran. Ensiklopedia ini menerangkan berkenaan sejarah penurunan al-Quran dan mushaf-mushaf yang pernah dicetak dan ditulis tangan sejak dahulu sehingga kini. Dalam ensiklopedia ini juga, kita boleh meletakkan siri soal jawab lazim berkenaan al-Quran.

15) Siri Buku Ideator al-Quran. Buku ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk buku kecil ataupun ebook. Ideator ialah orang yang mendapat idea. Kita tahu bahawa al-Quran adalah sumber ilmu dan sumber idea terhebat. Buku ini memaparkan tip-tip bagaimana memperolehi idea, ilham dan sumber ketenangan yang hebat melalui al-Quran.

16) TV al-Quran edisi Internet, yang berbahasa Melayu. Dalam perkembangan teknologi yang pantas ini, kita memerlukan TV internet al-Quran yang mudah dilayari oleh pelbagai peringkat umur. TV al-Quran ini adalah alternatif bagi TV-TV internet, iaitu IP TV yang ada di pasaran sekarang. Justeru, disebabkan kurangnya bahan berbentuk Islamik dalam pengisian IPTV, maka kita perlukan TV al-Quran ini, supaya dapat mengisi hati-hati yang gersang, dan supaya dakwah Islamiah dapat sampai ke setiap rumah di seluruh pelusuk dunia!

17)  Mengenali Tafsir. Ramai orang tidak mengenali buku-buku tafsir, Buku tafsir mana yang bagus, buku tafsir mana yang tidak bagus. Apa pegangan dan metod penulisan tafsir seseorang penulis tafsir, adakah tafsir itu boleh diterima ataupun bercanggah berdasarkan pandangan ulama. Dan banyak isu lagi yang perlu dikupas, supaya masyarakat dapat memilih tafsir yang tepat sebagai permulaan, dan mengelakkan tafsir yang sukar serta tidak disyorkan.

18)  Fadilat Surah-surah di dalam al-Quran. Surah-surah di dalam al-Quran mengandungi fadilat ataupun kelebihannya masing-masing. Kebanyakan kelebihan ini disebut dalam hadis-hadis yang sohih. Namun, kita perlu berhati-hati berkenaan hadis-hadis yang direka berkenaan kelebihan surah-surah ini. Justeru, buku ini perlu disusun berdasarkan kelebihan yang diperakui oleh hadis sahih, dan menyebutkan juga hadis-hadis yang tidak sahih malah palsu.

19) Mukjizat al-Quran berbicara. Mukjizat adalah sesuatu yang luar biasa, yang membuatkan manusia mengakui bahawa orang ataupun kitab yang didatangkan sebagai mukjizat itu adalah sesuatu yang benar-benar datang dari Tuhan. Al-Quran dipenuhi dengan mukjizat, sama ada yang sudah berlaku, mahupun yang akan berlaku. Penulisan buku ini memperkenalkan kepada pembaca, jenis-jenis mukjizat di dalam al-Quran, contoh-contoh yang sudah berlaku, persamaan situasi di dalam al-Quran dengan realiti semasa dan pelbagai perkara lain.

20) Kamus Topikal al-Quran.  Al-Quran mengandungi pelbagai jenis topik. Setiap topik itu disebut merata-rata di dalam al-Quran. Justeru, kamus topikal ini memudahkan pengkaji dan masyarakat, yang mahu mendalami al-Quran melalui topik-topik tertentu.

Artikel siri pertama mendapat respon yang baik daripada beberapa orang pembaca dan editor. Alhamdulillah, bagi saya, idea yang saya paparkan ini tidak semestinya saya sendiri yang akan menuliskan ataupun merealisasikannya. Saya melontarkan idea, sekiranya ada pihak yang sudi menyambut dan mahu perbincangan lebih lanjut, saya sudi bekerjasama.

Saya berfikir-fikir, pada tahun hadapan, saya sudah penuh dengan projek-projek yang akan saya jalankan. Namun, saya mahu menyediakan sedikit ruang bagi salah satu projek berkenaan al-Quran ini.

Justeru, saya mencari sesiapa yang berminat untuk menyertai tim projek berkenaan al-Quran ini, yang akan memulakan pengkajiannya pada tahun hadapan. Hanya 5 orang sahaja. Sekiranya anda berminat, mohon emelkan sedikit maklumat diri, seperti nama, pengajian, pengalaman, nombor telefon dan emel, ke  asyraffdini@gmail.com.

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam

20 Idea Projek Berkenaan al-Quran (Siri Pertama)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Mudah-mudahan tuan puan berada dalam keadaan yang sihat, serta di bawah lembayung kasih sayang Allah selalu.

Projek terjemahan al-Quran yang saya usahakan bersama PTS kini sudah hampir ke penghujung. Cuma tinggal 12 surah sahaja yang belum lengkap dan sempurna. Sebahagian besarnya sudah saya mulakan dan gerakkan terjemahannya. Namun, masih belum lengkap sehingga ke akhir ayat setiap surah. Mohon doa sahabat-sahabat pembaca dan tuan puan yang budiman agar terjemahan al-Quran untuk saudara baru ini berjaya disiapkan, dan kesilapan dapat diminimumkan. Amin…

Dalam pada melaksanakan terjemahan al-Quran ini, otak saya selalu ligat berfikir idea-idea berkenaan projek al-Quran. Hal ini disebabkan, masih banyak lagi ruang kosong yang perlu diisi, terutamanya bagi bahan bacaan pembaca jenis Fasa Mekah, dan pembaca Generasi Y. Mari kita lihat, apakah idea-idea yang terhasil sepanjang tahun ini…Mana tahu, ada di antara idea-idea ini boleh direalisasikan pada masa akan datang.

1) Kamus al-Quran. Kamus ini fokusnya kepada setiap perkataan yang disebut di dalam al-Quran. Boleh kita katakan sebagai terjemahan ataupun edisi bahasa Melayu bagi buku Mu’jam Mufahras Li Alfazil Qur’an. Fungsi kamus ini adalah memudahkan pembaca mencari apa sahaja perkataan yang disebut di dalam al-Quran, dan kamus ini akan menunjukkan ayatnya. Kamus ini berbeza sedikit berbanding Kamus al-Quran yang diterbitkan oleh PTS dan diusahakan oleh Prof Madya Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan rakan-rakan, kerana fungsinya bukanlah untuk memahami makna perkataan, tetapi lebih kepada fungsi carian. Kamus ini boleh meraikan beberapa jenis terjemahan yang ada di pasaran.

2) Novel berkenaan al-Quran. Apa? al-Quran mahu dibuat novel? Bagaimana?  Novel berkenaan al-Quran ini mengandungi cerita yang kita ambil wataknya daripada al-Quran (optional), dan kita ciptakan jalan ceritanya, sama ada berdasarkan al-Quran ataupun tidak. Objektif novel ini adalah mengangkat tema-tema dan pembelajaran berkenaan al-Quran. Selain memperkenalkan pembaca kepada sebahagian kandungan al-Quran, pembaca juga dapat menghayati isu-isu berkaitan al-Quran.

3) Al-Quran Miracle 22 in 1 dalam bentuk e-book. Idea ini adalah antara idea yang paling saya suka, kerana sekiranya kita dapat mendigitalkan al-Quran Miracle ini, dengan mempermudahkan lagi bahasa yang digunakan, saya yakin ia akan menjadi most downloaded e-book ataupun best seller apps dalam pasaran. Konsep e-book al-Quran Miracle ini adalah, pembaca akan menghayati ilmu-ilmu al-Quran dengan cara menerokainya seperti game book. Hanya dengan klik ataupun sentuhan, satu-satu ayat itu dapat dikupas dan digali lebih mendalam maknanya. Contohnya, bagi satu ayat, kita boleh sentuh pada perkataan yang tidak kita fahami, kemudian popup kamus akan keluar. Kemudian ada huraian daripada tafsir yang boleh kita pilih untuk membacanya. Kemudian ada pula pautan sebab turunnya ayat itu. Dan pelbagai jenis lagi pautan pada satu ayat…Seronoknya pengalaman membaca ebook al-Quran seperti ini.

4) Indeks Buku-buku berkenaan al-Quran. Pada zaman Nabi, mushaf al-Quran masih belum dibukukan. Lalu, pada zaman sahabat, lembaran-lembaran al-Quran mula dikumpulkan dan disusun. Justeru, semakin lama semakin banyak buku yang berkembang berkenaan al-Quran. Kemuncaknya pada zaman sekarang, kita dapat melihat ratusan buku yang ditulis hanya berkenaan al-Quran. Penyusunan Indeks ini boleh dilakukan dengan dua atau tiga cara, sama ada secara timeline/kronologi, mengikut alphabet nama buku ataupun  mengikut alphabet nama penulisnya.

5) Buku Motivasi al-Quran. Kita seringkali menghadapi kesukaran dalam hidup, dan hidup kita kadangkala tidak seindah yang diimpikan. Buku motivasi al-Quran hadir untuk memberikan cahaya dalam kehidupan, dan memberikan jalan keluar kepada masalah hidup yang kita hadapi. Tajuk cadangan :
Ajaibnya al-Quran
Dahsyatnya al-Quran
Indahnya Hidup di Bawah Kasih al-Quran.

6) Buku Panduan Membina Pusat Mengajar al-Quran. Fokus buku ini adalah bagaimana membina sebuah konsultan ataupun pusat pengajian al-Quran, sama ada secara swasta, berdasarkan sumbangan orang ramai, ataupun mendapat bantuan kerajaan. Buku ini mendapat inspirasi daripada  Jam’iyyah Muhafazah alal Quran, iaitu Pertubuhan Menjaga al-Quran di Jordan, yang mempunyai banyak cawangan di serata Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh sukarelawan seluruh Jordan, dan bernaung di bawah parti Ikhwan, sebagai NGO. Dalam masa yang sama, mereka mempunyai pelbagai aktiviti seperti menganjurkan sistem pengajian Quran, menubuhkan NGO-NGO berkaitan al-Quran dan membuat penerbitan pelbagai tajuk buku berkenaan al-Quran. Salah satunya adalah berkenaan panduan membina pusat mengajar al-Quran.

7) Terjemahan Tafsir. Kita masih perlukan terjemahan tafsir yang masih kurang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu moden. Naskhah tafsir yang banyak berada di pasaran, adalah tafsir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, justeru banyak istilah dan pemahaman yang berbeza diperolehi apabila membaca tafsir itu. Sekiranya pun ada buku tafsir al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, namun kebanyakannya sudah dikira menggunakan bahasa Melayu klasik, yang sukar difahami oleh masyarakat moden kita pada hari ini.

8) Diari Aku dan al-Quran. Saya tidak ingat saya baca di mana, tetapi ada seorang mualaf yang masuk Islam, hanya kerana setiap hari dia berdebat dengan al-Quran. Apa yang dimaksudkan dengan istilah  berdebat dengan al-Quran? Berdebat dengan al-Quran bermaksud, kita menimbulkan persoalan, dan kita memohon Allah menjawabnya melalui al-Quran. Pengalaman debat seperti ini sangat penting dibukukan, kerana dari situ kita akan dapat memahami agama ini, dan memahami sifat al-Quran itu sendiri, berdasarkan gaya al-Quran yang tersendiri.

Cukup setakat itu dahulu. Ada banyak lagi ideanya, insya-Allah saya akan sambung pada masa yang lain.

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam

Previous Older Entries